Komuniti Teman Inteam K.T.I

View previous topic View next topic Go down

Komuniti Teman Inteam K.T.I

Post  myinteam on 2008-11-25, 05:24



Assalamualaikumwarahmatullah.
Anda kini boleh mendaftar secara rasmi sebagai ahli Komuniti Teman Inteam.

KTI (Komuniti Teman Inteam) ditubuhkan bagi memenuhi permintaan para peminat setia Inteam terutamanya mereka yang ingin melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti bersama kumpulan Inteam dengan pengisian kerohanian, mental dan fizikal. Aktiviti-aktiviti yang dirancang diharap dapat memberi alternatif bagi mengisi masa dengan cara yang lebih berfaedah dan berkualiti di samping membantu masyarakat membanteras permasalahan sosial melalui mesej dakwah yang berhikmah. Secara umumnya KTI menjalankan aktiviti-aktiviti peningkatan minda dan sakhsiah diri melalui program-program motivasi, aktiviti kesenian dan kebudayaan Islam, riadah dan rekreasi, dan pelbagai aktiviti yang menarik dan berfaedah. Program-program ini diharap dapat menjadi platform dakwah kepada ahli untuk menyalurkan tenaga,masa dan idea untuk kebaikan sejagat.

Daftarkan keahlian anda sebagai salah seorang ahli Komuniti Teman Inteam bagi menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan.

Antara keistimewaan-keistimewaan mendaftar sebagai ahli KTI ialah:

1. Mendapat Kad Keahlian Rasmi KTI
2. Mendapat Kit Keahlian KTI (fail dan cenderahati IRSB)
3. Diberi keutamaan untuk menyertai sebarang aktiviti
anjuran Komuniti Teman Inteam.
4. Mendapat diskaun untuk menyertai program anjuran KTI
5. Menerima Buletin Komuniti Teman Inteam setiap keluaran.
6. Berpeluang mengenali Inteam dengan lebih dekat lagi.

Dan banyak lagi keistimewaan yang bakal menanti anda!

Cara Pendaftaran:

1. Cetak borang keahlian ::download:: klik kanan dan klik "save as"

2. Hantarkan borang keahlian anda beserta kiriman wang/wang pos sebanyak RM 20.00 atas nama MOHAMAD HUSAINI BIN HUSSEIN dan alamatkan kepada :
Komuniti Teman Inteam,
Inteam Records Sdn. Bhd.,
No 2-1, Jalan Cempaka SD 12/2,
Bandar Seri Damansara,
52200 Kuala Lumpur

3. Kit Keahlian KTI akan dihantar kepada anda.

Sila sertakan bersama dua keping gambar berukuran passport untuk rujukan pihak kami.Wallahualam

Bagi yang mahu membuat pembayaran melalui cara 'bank in', sila bank in duit sebanyak RM20.00 dalam akaun MAYBANK atas nama ABDUL RAHIM BIN OSMAN no akaun: 162405027378

kemudian, sila pos slip bank in anda ke alamat yang tertera di atas. jika anda gagal pos slip tersebut, pihak kami menganggap anda tidak membuat sebarang pembayaran. slip bank in itu penting sebagai bukti pembayaran.

sekian, terima kasih.

www.inteam.com.my

myinteam
Admin

Posts : 200
Join date : 2007-12-16
Age : 29
Location : Darul Digital Kota Bharu

View user profile http://myinteamnet.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum