Hati Mualaf Terluka

View previous topic View next topic Go down

Hati Mualaf Terluka

Post  myinteam on 2009-02-02, 02:44

ana tertarik untuk mengulas satu artikel dari Harian Metro, boleh rujuk di link & sisipan berikut:

link: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/DangSetia/20080330111024/Article/index_html

Soalan

TERLEBIH dulu saya ingin memohon maaf andai apa yang saya luahkan menyinggung perasaan pihak tertentu. Saya berusia 30 tahun dan dulu seorang mualaf. Kehidupan saya terseksa sejak memeluk Islam.

Selepas memeluk Islam, saya tinggalkan keluarga saya untuk merantau dan mencari ilmu agama. Apa yang saya lalui menjadi sejarah hitam di dalam hidup. Ada insan yang menolong saya dan ada juga sebaliknya.

Kepada yang menolong, terima kasih saya ucapkan dan hanya Tuhan yang akan membalasnya. Kepada yang mencaci dan menghina saya, biar Tuhan juga yang membalasnya.

Dang Setia, kini saya bukan lagi seorang Muslim. Saya keluar daripada Islam kerana tidak tahan dihina dan dicaci. Sebenarnya, saya memeluk Islam bukan untuk suka-suka, berkahwin atau mengharapkan bantuan mana-mana pihak.

Ketika beragama Islam, saya dihina oleh orang kampung yang berkata: “Awak ni pernah makan babi pun ada hati nak masuk Islam?” Jika di tempat saya, apa perasaan Dang Setia?

Berdasarkan pengalaman saya, ramai saudara baru mengalami masalah serupa. Kami tidak pernah menerima bantuan sepatutnya daripada jabatan agama dan sebagainya. Itu kami tidak kisah, tapi yang menyedihkan ialah layanan buruk yang kami terima.

Pernah ketika saya ke jabatan agama untuk mendapatkan bantuan kerana sudah terdesak, saya dimarah dan dihina. “Kamu saudara baru ni tak ada kerja lain ke? Hanya nak minta bantuan saja?” Apa perasaan Dang Setia jika dihina begitu?

Sebenarnya, ada keluarga bukan Islam boleh menerima anggota keluarga memeluk Islam dan ada juga sebaliknya. Seandainya keluarga membenci dan membuang kami, ke mana kami hendak pergi?

Akhir kata, kepada jabatan agama Islam, bantulah saudara baru Islam kerana mereka memerlukan bimbingan. Jangan anda hina mereka sebagaimana anda menghina dan menyisihkan saya.

Seandainya saya meninggal dunia, kepada jabatan agama, jangan uruskan mayat saya mengikut cara Islam kerana kini saya bukan lagi seorang Islam.

INSAN DERITA
Johor

komentar hakiki dari ana:

utama, SAUDARA INI TIDAK MENERIMA SOKONGAN EMOSI berdasarkan luahannya lalu menjurus pada senarai komenku dibawah ini seperti berikut:

1. Panji Islam bukan pada kata-kata orang awam yang cuba menjadi jaguh dalam Islam hanya kerana mewarisi Islam tetapi golongan pendakwah berilmu.

2. Iktibar dari kisah ini kepada semua, janganlah bersikap skeptical terhadap sesuatu yang tidak biasa namun berkongsi aqidah sama. (this requires deep thought)

3. Golongan awam yang bersikap prejudis inilah yang layak diberikan darjah kebesaran 'JAHIL' kerana kejahilan & sikap taklid tanpa mahu mengkaji Islam dengan menguasai asas-asasnya seperti bahasa Arab, usul aqidah dll. Menjadi kewajipan membanteras fenomena JAHIL dikalangan orang awam ini sekarang!!

4. Those who are street wised in Islam, think of this story..

5. Bagi sesiapa yang mempunyai blog, gunakanlah sebaiknya, isikannya dengan fakta ilmiah tepat tentang Islam, sokongan ada dimana-mana dari golongan berilmu.

6. Bagi yang mahu berkecimpung dalam bidang dakwah, ana nasihatkan kuasailah usul-usul dalam agama untuk memudahkan penyampaian dakwah, & turut beroperasi sebagai tegahan kepada yang belum menguasainya bagi mengelakkan mudarat seperti contoh di atas. Mudarat ini paling ditegah dalam syarak sebagaimana dalam kaedah fiqh, apabila kadar mudarat & maslahah sama, maka timbangkanlah kemudaratan lebih utama berbanding maslahah. Signifikan kaedah ini cukup menyetujui kisah di atas dimana akibat jahil, jadilah mudarat yang tidak dapat dielakkan hinggakan aqidah insan muallaf tergadai.

7. Biarpun sanad kisah ini perlu disemak semula untuk kepastian, namun realitinya kisah ini memang ada, ana tidak menyandarkan sepenuhnya kisah ini dari sudut semakan sanad namun ana ambil PENGAJARAN TERKANDUNG untuk renungan bersama..

myinteam
Admin

Posts : 200
Join date : 2007-12-16
Age : 29
Location : Darul Digital Kota Bharu

View user profile http://myinteamnet.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum