:: ALBUM HIMPUNAN TILAWAH ANTARABANGSA ::

View previous topic View next topic Go down

:: ALBUM HIMPUNAN TILAWAH ANTARABANGSA ::

Post  myinteam on 2008-02-06, 07:47



Assalamualaikum...

Inteam Records telah menerbitkan album Himpunan Bacaan Pilihan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Album ini memuatkan bacaan petikan ayat-ayat Al-Quran oleh Qari dan Qari'ah yang pernah menjadi Johan Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.

Album ini merupakan pilihan terbaik dari siri NurWahyu Legenda yang pernah diterbitkan Inteam Records tahun lalu.

Album yang memuatkan 2 CD dalam satu pek ini menampilkan Qari dan Qari'ah berikut:

CD 1:
Tuan Hj Ismail Hashim
Tuan Hj Abdul Ghani Abdullah
Tuan Hj Saidin Abdul Rahman
Tuan Hj Radzi Kamarul Hailan

CD 2:
Puan Hjh Sapinah Mamat
Puan Hjh Rogayah Sulong
Puan Hjh Rodziah Abdul Rahman

Album ini mengandungi 12 trek bacaan ayat Al-Quran.

Dapatkan album ini di pasaran sekarang.
CD RM 19.90

myinteam
Admin

Posts: 200
Join date: 2007-12-16
Age: 27
Location: Darul Digital Kota Bharu

View user profile http://myinteamnet.blogspot.com/

Back to top Go down

:: IRAMA DAN LAGU ::

Post  myinteam on 2008-02-15, 14:03

:: Himpunan bacaan pilihan ::

Album : Himpunan Pilihan Johan-Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa - Volume II
Edaran EMI (Malaysia) Sdn.Bhd


INTEAM Records meneruskan usaha penerbitan album ini berikutan sambutan menggalakkan daripada peminat seni tarannum Al-Quran.

Siri kedua ini memuatkan bacaan petikan ayat-ayat Al-Quran daripada qari dan qariah yang pernah menjadi johan tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.

Album ini juga merupakan pilihan terbaik daripada siri Nur Wahyu legenda yang pernah diterbitkan oleh syarikat ini.

Terdiri daripada dua cakera yang menampilkan qari-qari hebat seperti Ismail Hashim, Abdul Ghani Abdullah, Saidin Abdul Rahman, Radzi Kamarul Hailan serta qariah-qariah seperti Sapinah Mamat, Rogayah Sulong Dan Rodziah Abdul Rahman.

Mengandungi 11 trek bacaan ayat Al-Quran antaranya daripada petikan surah Huud, Al-Baqarah, Al-Mukminum, Luqman, Yaasin dan bayak lagi.


~PANCAINDERA
AHAD 27 JANUARY, 2008

myinteam
Admin

Posts: 200
Join date: 2007-12-16
Age: 27
Location: Darul Digital Kota Bharu

View user profile http://myinteamnet.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: :: ALBUM HIMPUNAN TILAWAH ANTARABANGSA ::

Post  eyerien on 2009-08-11, 05:01

Assalamualaikum, diharapkan agr di terbitkan lg CD himpunan bacaan pilihan johan2 tilawah alquran dr malaysia dr tahun 1961...saya sgt2 menghrpkan agar dpt mendengar alunan bacaan al - quran dr suara Puan Hajjah Fatimah Mat saman, Puan hajjah rahmas dan Tuan Haji Abdul Majid Awang. Semoga dapat d pertimbangkan...insyaallah...

eyerien

Posts: 1
Join date: 2009-08-11

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum