Info TV: TV9 mula misi cari penyanyi nasyid berbakat

View previous topic View next topic Go down

Info TV: TV9 mula misi cari penyanyi nasyid berbakat

Post  myinteam on 2008-05-04, 02:29

Info TV: TV9 mula misi cari penyanyi nasyid berbakat

Oleh Rozdan Mazalan

PROGRAM realiti Akademi Nasyid yang diperkenalkan TV9 dilihat mampu melahirkan satu kelompok penggiat irama nasyid global atau universal. Secara tidak langsung melalui program ini, irama nasyid tanah air akan berkembang dan mampu bersaing seperti mana irama pop, balada, R&B, rock, jazz dan hip hop.

Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda berkata, program yang memaparkan kelainan daripada program realiti sedia ada bersesuaian dengan imej TV9 sebagai stesen televisyen yang menjurus kepada program berunsur Islam serta menerapkan nilai murni kepada penonton.

"Selama ini, banyak stesen mencari bakat hiburan bagi penyanyi yang boleh membawa lagu berbentuk pop rock, balada, etnik kreatif dan hip hop. Kami berusaha ingin memberi ruang yang lebih luas kepada genre nasyid di mana nasyid juga adalah sesuatu yang universal.
"Akademi Nasyid akan menampakkan bahawa sesebuah nasyid itu bukan terbelenggu dengan muzik lama dan sempit, tetapi Akademi Nasyid akan memaparkan kepelbagaiannya dari kontemporari ke puisi acapella dan sebagainya.

"Apa yang penting dan diutamakan juga ialah mesej melalui lirik yang baik, kreatif, segar, menginsafkan dan memberi peringatan serta pengajaran," katanya pada sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Menurut Bukhari, pihaknya yakin rancangan realiti Akademi Nasyid ini pasti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton kerana rancangan itu dapat melahirkan ramai lagi bakat baru dalam muzik nasyid kontemporari yang berunsurkan ketuhanan dan kemanusiaan, sekali gus dengan adanya rancangan itu ia dapat mempopularkan lagi muzik nasyid di negara ini.

Penerbit Eksekutifnya Fadzliniza Zakaria berkata, pihaknya kini membuka penyertaan kepada penggemar irama ini untuk tampil menunjukkan bakat mereka pada sesi uji bakat yang bakal diadakan di enam lokasi.

"Saya percaya ramai anak-anak muda yang berbakat sama ada perseorangan atau kumpulan di luar sana menanti peluang ini dan saya menyeru mereka tampil untuk menunjukkan bakat mereka dalam Akademi Nasyid.

"Kita membuka penyertaan kepada semua yang berminat sama ada secara solo mahupun berkumpulan yang tidak melebihi lima orang setiap kumpulan dan menepati syarat penyertaan seperti berikut, warga negara Malaysia yang berumur 18 sehingga tidak melebihi 35 tahun.

"Penyertaan secara berkumpulan mestilah kumpulan jantina yang sama. Kumpulan lelaki atau kumpulan perempuan dan peserta mestilah bertaraf amatur serta tidak pernah menandatangani kontrak rakaman album dengan mana-mana syarikat rakaman.

"Bagi kemudahan peserta kita juga menyediakan tujuh lagu yang boleh dipilih oleh peserta semasa sesi uji bakat seperti Intifada (Rabbani), Permata (Kopratasa), Al-Iktiraf (Raihan), Permaidani (Aris Ariwatan), Doa (Rahimah Rahim), Sesungguhnya (Raihan) dan Berita Kepada Kawan (Akil Hayy)," katanya.

Peserta akan melalui tiga peringkat uji bakat sebelum layak menyertai Akademi Nasyid yang bakal disiarkan stesen ini bermula 1 Jun dan berakhir 30 Ogos sebanyak 11 episod.

"Pada masa yang sama, pihak kita juga akan mengadakan roadshow sehari sebelum sesi uji bakat yang diadakan di setiap lokasi kita tujui," katanya.

INFO: Roadshow

2 Mei 2008 - (Pasar Payang/Mydin/IPTA), Kuala Terengganu

10 Mei 2008 - (Plaza Angsana/Batu Pahat), Johor.

17 Mei 2008 - (Kompleks PKNS, UiTM, UKM, UIA), Shah Alam.

24 Mei 2008 - Kuantan, Pahang.

30 Mei 2008 - Alor Setar/Batu Kawan

7 Jun 2008 - Muar/Alor Gajah, Melaka.

Sesi Uji Bakat

3 Mei 2008 - Primula Beach Resort, Kuala Terengganu

11 Mei 2008 - Selesa Hotel, Johor Bharu

18 Mei 2008 - Sri Pentas, Bandar Utama

25 Mei 2008 - Vistana Hotel, Kuantan

31 Mei 2008 - Club Cinta Sayang, Sg.Petani, Kedah.

8 Jun 2008 - Mahkota Hotel, Melaka.

myinteam
Admin

Posts : 200
Join date : 2007-12-16
Age : 29
Location : Darul Digital Kota Bharu

View user profile http://myinteamnet.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum