MYINTEAM.NET
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada

+3
zakir
qurratulaini
myinteam
7 posters

Go down

Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada Empty Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada

Post  myinteam 2008-01-25, 09:44

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh)- Kecoh negara (kononnya) tatkala penyanyi Faizal Tahir yang buat aksi tanggal baju ketika konsert TV8, sehinggakan pihak TV stesen dan pelbagai pihak mengecam dan mengadakan sekatan dan tindakan terhadapnya.

Walaupun perlakuannya dianggap melampaui batas dan menyimpang daripada kesopanan adab ketimuran, namun ramai pihak yang mengganggap ianya sekadar ekspresi diri.

Ini adalah kali kedua Faizal membuat ekspresi diri yang mengejutkan. Sebelum itu beliau menunjukkan keseronokannya sebaik namanya diumumkan sebagai finalis Anugerah Juara Lagu (AJL).

Kali pertama Faizal melakukan gimiknya dengan menggelungsur di atas pentas kerana terlalu gembira sehingga mengundang kontroversi dan mendapat teguran daripada pelbagai pihak serta kaum kelaurganya sendiri.

Tidak dinafikan aksinya sedikit 'over' tetapi sedar ataupun tidak, pihak-pihak yang menuding jari kepadanya atau bercakap soal displin, akhlak dan keperibadian sebenarnya bersikap diskriminasi, 'lebih sudu dari kuah' dan 'doubole standard.'

Alasannya ialah bagaimana kayu ukur yang mereka gunakan untuk menghukum Faizal dan 'membebaskan' orang lain daripada dikenakan tindakan yang sama atas kelakuan mereka yang jauh lebih melampau dan memalukan budaya dan bangsa sendiri.

Dalam tulisan banyak pihak diinternet mengungkap persoalan sama ada dada lelaki kini sudah menjadi bahan lucah.Jika benar kata mereka, bagaimana pula lelaki buka baju dalam drama, filem atau dalam rancangan sukan tetapi tidak dicemuh dan didenda.

Gambar dedah dan lucah

Dalam satu tulisan di laman web akubetul.com menyatakan seandainya dada lelaki 'diharamkan' di atas pentas, bagaimana pula dengan dada, punggung, dan peha wanita? Secara sinis beliau menambah daripada kecoh pasal dada Faizal yang bukannya seksi pun lebih baik 'tumpukan' kepada peha dan dada gebu artis-artis wanita yang tiap hari boleh tonton di tv, majalah atau inbox email.

Dalam satu catatan wartawan Harakahdaily juga turut menyatakan kekesalan dengan kebanyakan artis-artis wanita, baik yang dara mahupun bergelar isteri ataupun sudah mempunyai cucu, merasa 'tidak sah' jika tidak menayang dada mereka.

Malah akhbar-akhbar perdana dan majalah-majalah juga turut mendedahkan dan juara mempromosi gambar artis-artis dengan pakaian yang terbelah, terbonjol sehingga lurah-lurah sulit pun kelihatan membuktikan ramai lagi artis-artis yang tidak bersopan selain Faizal.

Bagaimana pula dengan adegan dan gambar-gambar lucah serta aksi tidak senonoh artis yang tersiar diinternet yang ada diantaranya didakwa sebagai bukti sahih, tidak mendapat hukuman berat? Tanya seorang penulis dalam webnya.

Petang semalam,seorang pemanggil sebuah rancangan radio swasta yang dikenali sebagi Amiza (nama samaran) melahirkan tidak puas hati atas tindakan banyak pihak terhadap Faizal dan menyatakan ramai lagi artis lebih buruk akhlaknya tetapi 'terlepas' daripada sebarang hukuman.

"Banyak konsert dan rancangan, ada sesetengah artis perempuan yang terlondeh seluar, hingga menampakkan seluar dalam, pakaian ketat, ada yang seperti separuh bogel tapi tak kena pun tindakan," katanya kepada DJ rancangan tersebut.

"Apalah sangat nak dibanding dengan kesalahan Faizal yang kecil tu,lagipun dia dah minta maaf," katanya.

Lalu antara 'perang' buka baju Faizal Tahir dengan tayang dada artis, mana lebih mengancam dan mengundang bahaya?

Apa pun, selain Faizal semoga ramai khususnya artis wanita dan kaum hawa amnya tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas surah An-Nur:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..."

Begitu juga jangan abaikan nasihat Rasulullah yang telah bersabda :

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)
myinteam
myinteam
Admin

Posts : 200
Join date : 2007-12-16
Age : 37
Location : Darul Digital Kota Bharu

http://myinteamnet.blogspot.com/

Back to top Go down

Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada Empty Re: Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada

Post  qurratulaini 2008-01-26, 09:50

dunia dah terbalik.....yg nampak terang2 haram,tak dicemuh tp yg x haram tu yg dicemuh...dunia2 Evil or Very Mad

qurratulaini

Posts : 7
Join date : 2007-12-30
Age : 37
Location : kaybee

Back to top Go down

Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada Empty Re: Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada

Post  zakir 2008-01-27, 00:12

Kiamat sudah dekat... Evil or Very Mad
zakir
zakir
MODERATORS

Posts : 59
Join date : 2007-12-17
Location : bandaraya bersejarah

http://zakir-brass.blogspot.com

Back to top Go down

Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada Empty Re: Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada

Post  mazri 2008-01-28, 13:54

TAK PATUT!!! MACAM NI KE MENTALITI KELAS 1??!!! Evil or Very Mad

mazri

Posts : 8
Join date : 2007-12-30
Age : 36
Location : Alam ciptaan Ilahi

Back to top Go down

Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada Empty Re: Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada

Post  blueconan89 2008-02-02, 07:59

kalau nak hukum...hukum semua sekali......

blueconan89

Posts : 4
Join date : 2008-01-24

Back to top Go down

Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada Empty Re: Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada

Post  myinteam 2008-02-03, 11:14

blueconan89 wrote:kalau nak hukum...hukum semua sekali......

Betul2,..
myinteam
myinteam
Admin

Posts : 200
Join date : 2007-12-16
Age : 37
Location : Darul Digital Kota Bharu

http://myinteamnet.blogspot.com/

Back to top Go down

Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada Empty Re: Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada

Post  faah 2008-03-10, 04:18

buat malu orang Terengganu jer...Nie yang datuk Idris dok sanjung2..anak Terengganu.. affraid
faah
faah

Posts : 31
Join date : 2008-03-10
Age : 30
Location : Dungun, Terengganu

http://www.faahislamic.blogspot.com

Back to top Go down

Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada Empty Re: Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada

Post  aIna_bAlQis 2008-04-29, 05:07

faizal tahir org trggnu ke? ish3.... Mad
aIna_bAlQis
aIna_bAlQis

Posts : 32
Join date : 2008-03-13
Age : 34
Location : Malaysia soil

Back to top Go down

Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada Empty Re: Faizal Tahir: Buka Baju vs Tayang B**h Dada

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum