MYINTEAM.NET
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Rezeki Untuk Kita

Go down

Rezeki Untuk Kita Empty Rezeki Untuk Kita

Post  zahratunnur 2008-07-11, 15:04

Mengapa gelisah tentang rezeki

“Wahai manusia, taat dan berkhidmatlah kepada-KU dan janganlah gelisah tentang rezeki kerana rezeki telah AKU selesaikan urusannya; jangan berdukacita atas sesuatu yang telah AKU selesaikan urusannya untukmu.” - Hadis qudsi


Kerisauan manusia tidak lain tentang apa yang akan dimakannya. Apakah dia ada makanan pada hari ini dan apakah makanan tetap ada untuk besok. Apa yang akan melepasi anak tekak amat-amat dikhuatirinya. Untuk itu dia sanggup bekerja keras, berusaha sedaya yang boleh bagi memastikan dia tidak keputusan makanan.
Manusia hampir sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan dia tidak kelaparan. Hampir semua jenayah dunia berkaitan dengan perut. Walaupun ada sebab-sebab sampingan, susur galur sesuatu perbuatan jahat itu mengambil tempat sedikit sebanyak berpunca daripada makanan. Manusia menjadi ganas apabila dia kelaparan. Dia juga menjadi lebih ganas tatkala kekenyangan. Dalam keadaan biasa dia tetap mahukan makanan. Makanan tidak dapat lari daripada kehidupan.
Mengapa tergamak mengambil hak orang dengan cara yang tidak dibenarkan? Mengapa sampai hati melakukan tipu muslihat untuk memperdaya? Mengapa berusaha untuk merebut sesuatu yang sudah dimiliki orang lain? Bukankah lebih baik berusaha untuk mengambil sesuatu yang belum dimiliki oleh sesiapa? Bukankah ALLAH berfirman, maksudnya;
“ KAMI (ALLAH) telah menjadikan untukmu semua di dalam bumi itu sebagai lapangan mengusahakan kehidupan. Tetapi hanya sedikit sekali kamu berterima kasih.” (Al-A’raf: 10)
Bumi adalah lapangan untuk berusaha. Bumi menyimpan khazanah yang menanti untuk diteroka seterusnya dimiliki.
Untuk mendapatkan keselesaan hidup tiada siapa boleh berserah pada nasib dan tuah. Kisah manusia bertemu gua penuh dengan harta karun tidak mungkin berlaku lagi pada zaman kini. Jika ada pun kehidupan yang bakal dilaluinya selepas itu tetap menjadi tanda tanya sebab sesuatu yang mudah didapati mudah pula hilangnya.
Adalah lebih mudah berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan jalan yang benar daripada jalan yang batil. Anda mencuri, anda akan mendapat apa yang anda mahu; tetapi proses mencuri itu jauh lebih susah daripada anda bekerja dan mendapatkannya secara mudah.
Anda silap jika anda menganggap mengambil hak orang dengan jalan yang tidak betul itu lebih mudah daripada berusaha mendapatkannya dengan jalan yang betul.
Seorang webmaster yang ditugaskan memantau laman web rasmi sebuah syarikat lebih suka melengah-lengahkan kerja kerana menyangka dengan berbuat begitu dia boleh ‘demand’. Dia lebih suka memberikan alasan mengapa updating tidak dilakukan mengikut ketetapan daripada berusaha melakukan updating secara berkala. Untuk itu dia terpaksa mereka bermacam-macam alasan kepada pihak yang bertanya.
Selama setahun dia berjaya mengaburi mata pemilik laman web tentang masalah-masalah yang timbul. Selama itulah dia mereka pelbagai alasan untuk memberi gambaran betapa sukarnya tanggungjawab berkenaan.
Bagaimanapun, akhirnya, pemilik laman berkenaan menghentikan perkhidmatannya dan melantik webmaster yang baru. Semua updating yang dikatakan mustahil selama ini dapat dilakukan dengan tempoh yang sekejap dan sempurna sekali.
Nilailah diri dengan enam unsur berikut, setiap urusan akan menjadi lebih mudah dan mubar:
Musyaratah – Membuat perjanjian diri sendiri.
Muraqabah – Merasai kehadiran ALLAH setiap ketika dalam apa jua tindakan.
Muhasabah – Menilai diri sendiri.
Muaqabah – Sentiasa mendidik diri
Mujahadah – Usaha bersungguh-sungguh dalam setiap usaha.
Mu’atabah – Menahan diri dari segala kekejian.

Maka, selamatlah seseorang itu daripada berasa malas dan suka mengambil kesempatan. Bermalas-malas dalam pekerjaan itu sama halnya dengan mengambil hak orang. Rezeki kita biar kita yang usahakan sendiri lantaran ia memang sudah tersedia buat kita
zahratunnur
zahratunnur

Posts : 5
Join date : 2008-07-11
Age : 37
Location : sintok

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum