MYINTEAM.NET
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Senyum Itu Satu Sedekah

Go down

Senyum Itu Satu Sedekah Empty Senyum Itu Satu Sedekah

Post  myinteam 2008-08-03, 07:12

"Senyuman itu berkait dengan jiwa bagi mereka yang sedang berdepan dengan masalah, dengan tersenyum jiwa mereka akan merasa lega dan tenang. Manakala apabila melihat orang memberi senyuman padanya, jiwa yang lesu akan kembali ceria. Senyuman secara umumnya adalah sedekah.

Pada suatu hari Abu Yazid Al-Busthami, ahli sufi terkenal didantangi seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya. Lelaki itu memang terkenal rajin, ringan tulang dan kuat ibadat. Namun hidupnya sentiasa dilanda kesulitan.

Dengan wajah murung lelaki itu mengadu kepada Abu Yazid. "Sepanjang hidup, saya tak pernah lupa beribadat kepada Allah. Orang Lain tidur saya masih bermunajat." Lelaki itu diam seketika, mukanya kelat tanpa secalit pun senyuman.

Abu Yazid memerhatikan wajah lelaki yang sedang duduk dihadapannya. Raut mukanya itu seperti orang yang menangung masalah yang maha berat.

"Selalunya sebelum isteri saya bangun pagi, saya sudah mengaji. saya tidak pernah lupa tuhan, tapi......." lelaki itu tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Abu Yazid mengangguk kerana dia memang amat mengenali jirannya itu, rajin dan warak. malah dia tidak pernah melihat orang sebaik dan serajinnya. kemudian lelaki itu melepaskan keluhan yang berat. "entahlah tuan, nasib saya selalu malang dan hidup penuh dengan kesulitan..."

Abu Yazid memegang bahu lelaki tersebut dan berkata: "sahabatku, senyumlah. mulai hari ini, ubah penampilan kamu kerana saya lihat kamu tidak pernah senyum dan dahi sentiasa berkerut walaupun ketika bercakap dengan saya. cubalah senyum, insyaAllah nasibmu akan berubah.
Rasullah adalah orang yag paling miskin semasa hidupnya. Namun wajahnya tidak pernah keruh, bermuram dan berkerut dahi, baginda sentiasa senyum, ceria dan wajahnya berseri-seri,". Abu yazid menyambung sambil melemparkan senyuman kepada lelaki tersebut. Lelaki itiu hanya mengangguk tapi raut wajah nya masih tidak berubah. dia seperti belum dapat memahami apa yang telah disampaikan oleh Abu Yazid.

"Menurut Rasulullah salah satu tanda penghuni neraka ialah orang yang bermasam muka dan membuat orang lain curiga padanya. Abu Yazid menambah. Setelah mendengar nasihat Abu Yazid, lelaki itu balik, lelaki tersebut telah mengubah penampilannya. Sesiapa sahaja yang ditemui dia akan mendahului dengan salam dan tersenyum walaupun mereka tidah pernah dikenalinya.Lelaki itu berubah menjadi peramah, kerut2 didahinya sudah dibuang jauh dan mukanya sentiasa manis. Dari hari ke hari hidupnya semakin senang dan rezekinya melimpah ruah.

"Itulah contoh jelas betapa besarnya hikmah senyuman dalam kehidupan seharian kita sehingga Rasulullah sendiri sebagai sedekah yang paling murah tetapi tinggi pahalanya. Manfaat senyum adalah besar, ia jalan untuk membuka rezeki, pengubat jiwa, memudahkan urusan dan mengeratkan kasih sayang.

Paling penting senyuman adalah perhiasan diri yang paling mahal kerana dari sifat itu akan lahir keceriaan, kegembiraan, wujud keyakinan dan tanda kesediaan untuk didekati. Kepada orang menerima senyuman, mereka akan merasa dihargai. Secara tidak langsung, bangkitlah rasa keyakinan dalam diri mereka.

"Senyuman itu berkait dengan jiwa bagi mereka yang sedang berdepan dengan masalah, dengan tersenyum jiwa mereka akan merasa lega dan tenang. manakala apabila melihat orang memberi senyuman padanya, jiwa yang lesu akan kembali ceria. senyuman secara umumnya adalah sedekah.

"Ingat, bukan semua senyuman yang dilemparkan itu sedekah. senyuman pun ada berbagai-bagai tafsiran. ada senyuman sinis, senyuman kelat dan senyuman terpaksa. yang dikatakan senyuman sedekah itu adalah yang ikhlas, secara sukarela dari jiwa yang suci dan spontan.

"Tidak kira kepada siapa kita lemparkan senyuman, asalkan dengan ikhlas dan hati yang bersih, ia adalah sedekah. pahala yang Allah ganjarkan untuk senyuman itu adalah sama dengan pahala kita bersedekah."

"Senyumlah hiaskan diri anda dengan senyuman terutama kepada orang yang paling hampir dengan kita seperti ibu bapa, ketua, orang bawahan, jiran dan teman-teman. senyumlah, kita tidak akan rugi apa-apa.'

Sumber :
Artikel dari web Inteam
myinteam
myinteam
Admin

Posts : 200
Join date : 2007-12-16
Age : 37
Location : Darul Digital Kota Bharu

http://myinteamnet.blogspot.com/

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum